Sunday 11 December 2011

Rancangan Pelajaran Harian Seni Visual Tahun 2



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SENI VISUAL TAHUN 2

Matapelajaran : DUNIA SENI VISUAL                                                       Masa : 60 Minit
Kelas : 3 Cemerlang                                                                                 Tema : Objek buatan manusia
Bidang : Mengenal  kraf tradisional                                                        Tajuk : Wau Bulan

Standard Pembelajaran

4.1 Persepsi estetik
4.1.1 Unsur Seni
4.1.1.1
4.1.1.2
4.1.2 Prinsip rekaan
4.2 Aplikasi Seni
4.2.1 media
4.2.1.1
4.2.1.2
4.2.2Proses Teknik
4.3 Ekspresi kreatif
4.3.1
4.3.2
4.3.3
4.4 Apresiasi seni
4.4.1
4.4.2
ObjektifPembelajaran
1.      Memahami dan menggunakan unsure seni dalam membuat Wau
2.      Murid menyatakan dn membat pemerhatian terhadap unsure seni dan prinsip rekaan wau
3.      Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

Aktiviti P&P
1.       Murid melihat contoh gambar wau yang dipamerkan oleh guru
2.       Murid melihat langkah-langkah membuat wau dalam laman you tube yang disediakan.
3.       Murid membuat wau dengan bimbingan guru
4.       Murid mempamerkan dan menceritakan hasil kerja masing-masing
EMK
Kreativiti, keusahawanan ( EK 1- EK 5 ), nilai murni
BBB
Contoh wau maujud, Lidi, Benang, Kertas wau dan gam
Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membentuk dan membuat binaan wau berdasarkan empat standard kandungan
Refleksi
30/30 orang murid dapat mencapai objektif yang diajar









Kepentingan permainan wau

1. Permainan wau menarik minat orang ramai kerana kecantikan wau yang melenggang dan meliuk di udara.
2.  Kehalusan seni dan kelembutan rasa melalui penghayatan seni pertukangan memberi inspirasi kepada orang ramai memilki wau bulan.
3.Semangat muhibah dan perpaduan dapat dipupuk melalui permainan wau
4.Permainan wau dapat meneruskan aspek budaya tempatan supaya tidak luput/ tidak dilupakan oleh generasi muda
5.Boleh memberi pulangan ekonomi kepada pembuat wau hasil jualan wau kepada orang ramai.
6. Boleh menaikkan nama Malaysia melalui penganjuran festival wau antabangsa seterusnya menggalakkan industri pelancongan negara.



Seni Membuat Wau

Bahan-Bahan
1. Buluh ( Buluh duri )
2. Kertas minyak atau kertas warna
3. Gam
4. Benang

Proses
1. Buluh untuk rangka dikikis duri dengan pisau kecil, diraut dan dikerat panjang untuk membentuk sayap dan ekor wau.
2.Bilah-bilah  buluh yang halus dilanjur pada api sebelum dilentur dan diikat pada tempat-tempatnya dengan benang untuk memebentuk rangka
3. Buluh yang menegak sebagai tulang belakang mestilah lebih tebal ( Buluh bentung ) bagi menjamin timbangan yang sempurna.
4. Tulang belakang ini mempunyai leher lebih kurang 30cm yang muncul di atas sayapnya bagi menampung batang busur yang dipasang melintang yang dapat memberi bunyi berdegung ketika melayang di udara atau dihiaskan dengan replika bentuk kepala burung bagi pertadingan wau cantik.
5. Kertas warna ditampal pada rangka wau mengikut bentuk rangka.
6. Tali teraju yang diperbuat daripada benang kemudian dipasangkan disayapwau dalam kedudukan menegak.